Home Rencana PAS Selangor

Semarakkan semangat perpaduan Malaysia – Ketua DMPN Selangor

105
SHARE

May be an image of 3 people, headscarf and text

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Ustazah Hjh Wan Hasrina Wan Hassan
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Bulan Ogos dikenali sebagai Bulan Kebangsaan Malaysia. Kebiasaannya pelbagai sambutan dirangka bagi menyemarakkan semangat cintakan negara di samping menyuburkan rasa kebanggaan terhadap pengorbanan pejuang kemerdekaan negara. Tanggal 31 Ogos setiap tahun adalah tarikh keramat yang dinantikan rakyat Malaysia yang cintakan negara. Ia kerapkali menyuntik rasa syukur kerana di atas nikmat kemerdekaan dan kebebasan ini, rakyat bebas mengemudi kehidupan harian mengikut acuan Malaysia yang unik dan tersendiri.

Menyambut kemerdekaan dalam keadaan negara masih dibelenggu ancaman kesihatan bukanlah suatu yang mudah. Semangat kebersamaan, kasihkan tanah air dan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum harus terus disuburkan di kalangan rakyat Malaysia terutama dalam menghadapi kemelut wabak pandemik Covid-19 yang terus mengganggu gugat kehidupan semua.

Dengan menghayati tema yang dipilih pada tahun ini iaitu ‘Malaysia Prihatin, marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga dalam menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira usia, agama, kaum, budaya, dan adat resam. Teruskan semangat patriotisme dan cintakan tanah air dengan menutup segala ruang dan peluang perpecahan dan persengketaan. Hidup suburkan semangat perpaduan, saling menghormati dan meraikan kepelbagaian rakyat yang telah menjadi tunjang kepada kestabilan dan keharmonian negara kita sekian lama.

Semoga semangat kebersamaan dan cintakan tanah airini akan diteruskan hingga ke generasi akan datang.

“MERDEKA…MERDEKA…MERDERA…”

31 Ogos 2021 I 21 Muharram 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor