Home Rencana PAS Selangor

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Kali Ke-64 – DPPN Selangor

43
SHARE

May be an image of 3 people and text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Kali ke-64 kepada seluruh warga Malaysia.

Syukur kepada Allah Yang Maha Esa, hari ini adalah saksi bahawa bangsa Malaysia adalah sebuah bangsa merdeka yang mampu berdiri di atas kaki sendiri yang perlu dihormati.

Banyak rintangan semalam yang telah kita berjaya harungi bersama kerana adanya kesepaduan di dalam diri kita.

Walaupun dalam kesepaduan itu adanya perbalahan, namun itu adalah fitrah manusia dan lumbah dendangan alam. Tetapi, janganlah ia sampai boleh menggugat asas perpaduan kita sebagai bangsa yang merdeka.

Ingatlah, untuk meraih kemerdekaan ini bukannya mudah. Perjuangan mereka yang terdahulu sepatutnya dihargai kerana pengorbanan jiwa mahupun harta mereka tiada gantinya.

Oleh itu, pelihara dan suburkan ia mengikut corak aliran mekarnya seperti perpaduan yang ada di dalam kaum Muhajirin dan Ansar yang boleh kita teladani bersama.

31 Ogos 2021 | 22 Muharram 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor