Home Berita PAS Wilayah

Semarak ramadan – Bazar Taman Dato Senu

54
SHARE

Oleh : Ainin Shukri

BATU, 16 April: 500 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada penduduk setempat oleh PAS Kawasan Batu di Bazar Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Agihan bubur lambuk sebagai juadah berbuka tersebut telah bermula sekitar jam lima petang dengan kerjasama Jabatan AMAL Wilayah Persekutuan.

Turut hadir sama adalah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ustaz Azhar Yahya bersama beberapa sukarelawan yang lain.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak petugas bazar kerana telah memberi ruang yang cukup baik demi kelancaran edaran bubur lambuk tersebut.

“Menerusi aktiviti sebegini, PAS berupaya melihat sendiri kemeriahan suasana bazar Ramadan dengan kehadiran masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dalam menyokong peniaga-peniaga kecil dan sederhana”, ujar beliau.