Home Berita PAS Wilayah

150 Asnaf Wangsa Maju terima sumbangan bakul makanan

46
SHARE

Oleh : Muhammad Abdul Fateh
Foto : Rashidie Wahid

WANGSA MAJU, 23 Apr: Seramai 150 golongan asnaf dari sekitar kawasan Wangsa Maju telah menerima sumbangan bakul makanan sempena bulan ramadan ini.

Sumbangan bertujuan mengurangkan beban para penerima itu diagihkan pada program Semarak Kasih Ramadan anjuran Dewan Muslimat PAS Kawasan Wangsa Maju dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Asnaf dan OKU Wangsa Maju di Madrasah Nurul Muttaqin,Taman Melati pada 17 april lepas.

Peneyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas kesudian badan amal tersebut mengadakan program agihan sumbangan itu di Wangsa Maju.

“Di sini juga, terdapat banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang dapat bekerjasama dengan entiti luar dalam melaksanakan program sebegini manakala agensi kerajaan pula akan menghulurkan bantuan sekiranya ada pihak yang memerlukan kerjasama,’’ jelasnya.

Ustazah Nuridah turut mengingatkan para hadirin bahawa bulan ramadan adalah bulan yang menjadi Madrasah Tarbiah untuk terus melaksanakan aktiviti beramal.

Turut hadir sama Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Haji Azhar Omar, Naib Ketua Dewan PAS Kawasan Wangsa Maju, Mahfuzan Gaddafi, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Wangsa Maju,Nor Fazriah Subhan dan jawatankuasa Madrasah Nurul Muttaqin dan wakil NGO Pertubuhan Kebajikan Asnaf &OKU Wangsa Maju.