Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Semarak Kasih Ramadhan Bersama ASNAF Bandar Tun Razak

429
SHARE

Semarak Kasih Ramadhan Bersama ASNAF Bandar Tun Razak

30 Mei 2018, Kuala Lumpur : Sempena cuti Hari Perayaan Wesak semalam, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutan (DMPWP) dengan kerjasama LKK Dewan Muslimat PAS Kawasan Bandar Tun Razak (DMPKBTR) mengambil kesempatan menyempurnakan Program Semarak Kasih Ramadhan peringkat Wilayah Persekutuan.

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan jayanya semalam di Bandar Tun Razak. Program yang dijalankan dari pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi di Surau Asyakirin, Flat Sri Kota itu sarat dengan aktiviti-aktiviti kerohanian dan penyucian jiwa. Menariknya, bagi peringkat DMPWP aktiviti-aktiviti mereka sudah semestinya akan dipimpin sendiri oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh merangkap Ketua DMPWP seperti juga tahun-tahun sebelum ini. Selain Ketua DMPM, Timbalan ketua DMPM; Dr. Rosni Adam merangkap Ketua DMP Kawasan Bandar Tun Razak juga turut bersama memeriahkan dan tambah menyerikan program semalam.

Program Semarak Kasih Ramadhan itu dimulai dengan Solat Sunat Tasbih, kemudian disusuli dengan Zikir Munajat dan Tazkirah yang dipimpin oleh Ustazah Nuridah Mohd Salleh. Di akhir program, sebagai acara kemuncak atau acara wajib dalam program Semarak Kasih Ramadhan seperti kebiasaannya ialah serahan sumbangan kepada penerima sumbangan. Program Semarak Kasih Ramadhan di peringkat DMPWP tahun ini memilih golongan Asnaf sebagai penerima sumbangan. Seramai 20 orang Asnaf telah menerima sumbangan berupa wang tunai, keperluan dapur dan Hari Raya semalam yang disampaikan oleh Dr. Rosni Adam.

Turut hadir dan yang telah menjayakan program semalam ialah, Ahli Jawatankuasa (AJK) LKK DMPWP, AJK LKK DMPK Bandar Tun Razak, Muslimat DMPWP dan Muslimat DMPK Bandar Tun Razak.