Semarak Kasih Ramadhan: 37 Pelajar SMUA Nurul Huda Terima Sumbangan
2 Jun 2018, Kelantan : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan (DMPNK) semalam telahpun menyempurnakan Program Semarak Kasih Ramadhan bagi peringkat Negeri Kelantan. Program tersebut semalam di sambut serentak dengan Majlis Tadarus, Iftor dan Ceramah Badar Al-Kubra anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan (BPPNK), yang bertempat di Sekolah Menengah Ugama Arab Nurul Huda, Pasir Puteh yang juga merupakan sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Program Semarak Kasih Ramadhan peringkat Negeri Kelantan tahun ini telah memilih seramai 37 orang pelajar dari Sekolah Menengah Ugama Arab Nurul Huda, Pasir Puteh Kelantan ini sebagai penerima sumbangan. Pelajar-pelajar tersebut telah menerima Duit raya, barang-barang keperluan dapur dan wang tunai sebanyak RM500 untuk sambutan iftor yang akan diadakan pada 5 Jun 2018 nanti, in shaa Allah.
Seperti biasa, program-program seperti ini sentiasa mendapat sambutan di Negeri Kelantan. Majlis Tadarus dan Iftor berlangsung dengan meriah sekali di padang sekolah tersebut. Sesuailah Negeri ini digelar sebagai ‘Negeri Serambi Mekah’.
Turut hadir dalam Program Semarak Kasih Ramadhan semalam ialah Dr. Wan Martina Wan Yusoff selaku Ahli Jawatankuasa (AJK) LKK Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merangkap Timbalan Pengerusi Muslimat Medical Team (MUSMEDIK) Malaysia dan juga merangkap Timbalan Pengerusi LKK DMPNK. Bersama sama dengan beliau yang juga menjayakan program semalam ialah AJK LKK DMPNK.