Home Berita PAS Johor

Semarak Kasih Ramadan | PAS Muar edar sumbangan kepada asnaf

101
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

MUAR, 16 Apr : Program Semarak Kasih Ramadan anjuran Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Muar bersama Lujnan Kebajikan &  Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, Ameerah Muar  dan Pertubuhan Kasih Maharani menyantuni golongan asnaf di sini, hari ini.

Program bersama Yang Dipertua PAS Muar, YB Cikgu Abd Aziz Talib ini telah mengedarkan sumbangan barangan keperluan harian di sekitar Dun Sungai Balang dan Dun Maharani.

Menurut beliau, “Sumbangan kepada golongan asnaf khususnya di Sungai Balang adalah kepada sebahagian besarnya penerima tetap bantuan it’am PAS Dun Sungai Balang.

” Bantuan diberikan secara berkala setiap bulan dan lebih-lebih lagi pada setiap kali tibanya setiap tahun bulan Ramadan dan Syawal mereka memang tidak dilupakan. Ada yang masih saya kenali dan ada juga yang sudah tiada,” ujar Cikgu Aziz lagi.

Sebanyak 35 keluarga asnaf di Sungai Sudah, Sungai Pulai, Parit Pechah, Parit Nipah, Parit Kedondong telah dapat diberikan sumbangan.

Seterusnya, pihak LKK Muar yang diketuai ketuanya Syukor Naam bersama Ameerah Muar meneruskan edaran sumbangan di Dun Maharani pula.

YB Cikgu Aziz yang juga merupakan Adun Maharani turut serta menyantuni masyarakat Dun Maharani dengan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf ini. Sebanyak 35 buah keluarga di Parit Amat, Parit Sakai dan di Jalan Temenggong Ahmad telah menerima sumbangan.

Turut hadir ialah Ketua Muslimat Muar, Norhayati Sulaiman, Ketua Ameerah Muar, Ummu Rifqi dan Pengarah Pilihan raya, Ustaz Ridzuan Nazri.

Dimaklumkan, program akan datang LKK Muar ialah “Shopping Raya” pada 30 April iaitu bantuan tahunan LKK kepada golongan asnaf untuk membantu meringankan beban menyediakan persiapan hari raya.