Home Berita PAS Selangor

Semangat anak-anak PASTI terhadap perjuangan di Palestin – PASTI Hulu Selangor

174
SHARE

“PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Selangor | Alhamdulillah atas dasar saudara seIslam dan perjuangan mempertahan kesucian Masjidil Aqsa dan bumi Palestin. Anak PASTI sahut seruanMu Wahai Aqsa dan Palestin.

Alhamdulillah Kempen #Aid4Palestine peringkat PASTI Dewan DPPKHS telahpun berjalan sejak awal minggu ini. Aktiviti mewarna dan mengibarkan bendera Palestin dijalankan dalam usaha memupuk semangat perjuangan anak-anak Gaza mempertahankan bumi suci milik umat islam yang sudah mencecah ratusan menjadi mangsa kekejaman Rejim Zionis Israel. Moga Allah sentiasa bersama dengan mereka di Palestin dan menghancurkan rejim musuh islam ini sehancur-hancurnya.

Kutipan #Aid4Palestine juga masih diteruskan. Ibubapa/Penjaga atau pelajar yang ingin menyumbang boleh terus menyalurkannya ke tabung yang disediakan di hadapan PASTI masing-masing dari jam 8 pagi sehingga 12 tengahari.

Semoga dengan perjuangan daripada segi kewangan dan sokongan dapat membantu sedikit sebanyak dalam medan jihad ini supaya kita sama-sama dapat menzahirkan Izzah Islam di muka bumi ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor