Home Berita PAS Selangor

Sebarkan kempen “Self Lockdown” demi keselamatan bersama – PAPISMA Selangor

454
SHARE

May be an image of ‎text that says "‎SELF LOCKDOWN #LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita Pergi ke pasar atau grocery shop seminggu sekali. Isi minyak kereta full tank. Solat berjemaah 5 waktu bersama keluarga. Optimakan pembelian secara atas talian (online). Polisi zero tetamu. Dapatkan keperluan di kedai yang paling hampir dengan tempat tinggal. MMA ום Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Il هා‎"‎

Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Sungai Buloh | Menyedari betapa kes COVID-19 di dalam negara kita semakin tinggi terutamanya di Negeri Selangor yang mencatat angka paling tinggi mencecah 2 ribu pada hari ini, sebagai langkah tanggungjawab bersama, “Kempen Self Lockdown” diutarakan kepada semua.

Dr Fairuz Azmi selaku AJK Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) mengajak seluruh rakyat agar menyahut kempen ini. Beliau menyebutkan agar sebarkan kempen “self lockdown” dan contohi disiplin rakyat negara Taiwan.
Beliau juga turut menyarankan agar hanya membolehkan seseorang keluar rumah jika memerlukan sesuatu urusan yang mendesak sahaja. Beberapa tips yang digariskan oleh PAPISMA untuk maklumat dan perhatian :

1. Pergi ke pasar seminggu sekali. Beli barang cukup untuk seminggu untuk elak keluar rumah banyak kali.
2. Isi minyak kereta full tank, untuk elak ke stesen minyak banyak kali
3. Solat berjamaah bersama keluarga di rumah 5 kali sehari.
4. Optimakan pembelian secara atas talian
5. Polisi zero tetamu. Jangan terima tetamu dan jangan ziarah rumah orang lain.
6. Dapatkan keperluan di kedai paling hampir dengan tempat tinggal.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor