Home Berita PAS Pahang

Program Jom Halal diperluaskan di Semambu

47
SHARE

Oleh : KASDI KOSNIM

SEMAMBU, 28 Dis : Pilot Program Jom Halal akan diperluaskan kepada pengusaha makanan bukan Islam yang berminat di sekitar DUN Semambu.

Ianya merupakan titik permulaan yang baik untuk memperkasakan keperluan mendapatkan Sijil Halal di kedai makanan dan kafe.

“Kita lebih memfokuskan kepada memberikan bimbingan dan taklimat bagi tatacara permohonan Sijil Halal dan memastikan industri halal negara terus diperkasakan.

“Konsep halal bukan no pork (tiada babi) dan no lard (tiada lemak babi) sahaja, tetapi halal lebih menitik beratkan kesucian, kebersihan dan keselamatan dari isi kandungan makanan tersebut,” kata Ketua Pemuda PAS Indera Mahkota,Ustaz Zulfadli Zakaria kepada pengusaha-pengusaha kedai makan di Kubang Buaya dan Telok Chempedak Kuantan baru-baru ini.

Di antara pengusaha makanan yang berminat adalah pemilik Kedai Kopicat di Kubang Buaya Lee Wai Loon dan MLT Mee Kari Teluk Chempedak Ong Yee Ling.

Turut hadir di kedua-dua lokasi kedai makan di atas adalah pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Pahang, Ketua NGO Ye Zhixiang dan ahli jawatan kuasanya, serta Ahli Jawatan Kuasa NGO Semambu Care.