Home Kenyataan Media PAS Wilayah

CADANGAN NGEH KOR HAM BOLEH MENCETUS SENSITIVITI AGAMA YANG DAHSYAT

20
SHARE

PAS WP membidas cadangan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham yang menggesa Kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam, yang ditubuhkan awal bulan ini.

YB Ngeh Kok Ham dalam satu wawancara melalui kenyataan yang disiarkan di media menjelaskan langkah itu bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat. Beliau juga mengingatkan Perlembagaan dibentuk dengan mengambil kira kepentingan semua golongan, maka sebarang perubahan yang memberi kesan kepada kaum dan agama mesti dibincangkan secara menyeluruh untuk mengelakkan konflik.

Bagi PAS WP, cadangan YB Ngeh itu seolah-olah menghina umat Islam di negara ini. Adakah tidak ada pakar daripada kalangan orang Islam yang boleh memikirkan urusan umat Islam dan Mahkamah Syariah sehingga terpaksa menjemput golongan bukan Islam. Apa kepentingan Ngeh dalam urusan Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah, adakah beliau merasa terancam dengan agama Islam di negara ini? Apa agenda lain yang mahu YB Ngeh dan DAP mainkan?

Sepatutnya YB Ngeh tidak perlu masuk campur dalam urusan agama Islam di negara ini kerana Undang-Undang Syariah adalah untuk umat Islam dan bukan untuk mereka yang bukan beragama Islam (non Muslim). Peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai pemelihara serta pelindung kepada kesucian agama Islam sebagai Agama Persekutuan, pada masa sama mengiktiraf kebebasan agama-agama lain untuk diamalkan di negara ini. Ini jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, maka sebarang usaha merendah-rendahkan atau menukar perkara tersebut dianggap sebagai satu ancaman atau penghinaan terhadap hak umat Islam di negara ini.

PAS WP merasa musykil mengapa sejak akhir-akhir ini DAP sangat lantang bersuara menyatakan kehendak mereka. Sebelum ini, telah ada suara daripada pemimpin tertinggi mereka mahukan Perdana Menteri bukan Melayu, manakala ada juga keinginan untuk membuat pilihanraya Kerajaan Tempatan. Terkini Ngeh pula bersuara mahukan golongan bukan Islam sebagai Ahli jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah. Selepas ini apa pula suara dan permintaan mereka.

Sudah tentu umat Islam di negara ini tidak senang dengan kenyataan beliau. Ini menimbulkan kegusaran, polemik dan boleh mencetuskan perbalahan kaum di masa akan datang. Selain itu, PAS WP melihat kenyataan Ngeh terdapat unsur hasutan serta sensitiviti agama. Justeru, PAS WP mendesak kerajaan agar mengambil tindakan tegas terhadap Ngeh Kor Ham di atas kenyataan beliau itu yang dianggap menghina dan merendahkan martabat Mahkamah Syariah serta kedudukan Perlembagaan Persekutuan.

USTAZ HAJI AZHAR BIN YAHYA
Pesuruhjaya PAS WilayahΒ Persekutuan