Home Rencana PAS Selangor

Seluruh ‘Keluarga Malaysia’ menanti bajet 2022 – DMPK Kuala Langat

81
SHARE

May be an image of ‎text that says "‎DEWAN nuکlنmat mat PAS UAடE ANCAT BAJET 2022 Pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, 29 Oktober 2021, Jumaat jam 4 petang Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Langat dmpk.kualalangat DMPKKualaLangat‎"‎

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Langat

Bajet 2022 yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pada Jumaat 29 Oktober 2021 jam 4.00 petang ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ia akan berfokuskan kepada 3M iaitu memulih kehidupan (recovery); membina semula daya tahan (resilience) dan memangkin pembaharuan (reform).

Keterbukaan MoF yang telah menerbitkan Kenyataan Pra-Bajet (KPB) atau Pre-Budget Statement bermula tahun ini bukan sahaja sebagai salah satu usaha penambahbaikan proses penyediaan bajet tahunan, tetapi agar ia lebih telus kepada pengetahuan rakyat.

Manakala Perdana Menteri menyatakan kerajaan akan memastikan tiada golongan yang tercicir dengan semua pihak akan mendapat faedah daripada pembentangan Bajet 2022. Beliau juga menegaskan semua Keluarga Malaysia sama ada rakyat dan para peniaga terutamanya pihak yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 akan mendapat faedah menerusi belanjawan tersebut.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata “Semua akan dapat faedah dari bajet yang akan diumumkan nanti, ini bajet Keluarga Malaysia dan inputnya dari rakyat, untuk rakyat yang juga akan memberikan kelegaan dan kegembiraan kepada rakyat, ada ‘wow’ faktor padanya”

Mari kita saksikan bersama. Semoga bajet bagi tahun 2022 banyak memberi manfaat kepada seluruh keluarga besar Malaysia.

29 Oktober 2021 | 22 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor