Home Rencana PAS Selangor

PRN Melaka : MN diperkukuh, PN dipertahan – PAS Kawasan Sungai Buloh

142
SHARE

No photo description available.

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh

Oleh : Lajnah Penerangan Dan Media Baru
PAS Kawasan Sungai Buloh

Alhamdulillah serta tahniah diucapkan kepada UMNO yang telah memutuskan untuk meneruskan persafahaman dengan PAS di PRN Melaka melalui keputusan Mesyuarat MKT mereka malam tadi. Keputusan ini memberi signal penting kepada kelangsungan hubungan kerjasama antara PAS dan UMNO dan sekaligus menemplak cakap-cakap politik yang tidak berasas.

Kami melihat perkembangan ini sebagai satu langkah yang tepat dalam memastikan kemenangan berterusan dari siri-siri prk yang lalu dan kini kita menghadapi cabaran yang besar di PRN Melaka. Semestinya usahasama ini penting untuk mengelakkan mana-mana pertembungan sesama sendiri bagi berdepan dengan Pakatan Harapan.

PAS terus berusaha untuk berunding dan menyatupadukan perbezaan antara UMNO dan PN supaya dapat mengelakkan pertembungan secara 3 penjuru. Namun begitu, PAS bersedia berdepan dengan segala kemungkinan seperti yang dinyatakan oleh Timb Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dihantaran facebooknya semalam.

Tarikh penamaan calon semakin hampir, penguguhkan dan strategi bersama perlu diperkemaskan segera. PRN Melaka, sejarah bakal tercipta, InshaAllah.

29 Oktober 2021 | 22 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor