Home Berita PAS Selangor

Ziarah kematian ahli kariah – PAS Kawasan Sungai Besar

118
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Uwais Al-Qarni

SUNGAI BESAR, 28 Oktober – Berita duka buat sebuah keluarga di Kampung Parit 13 Sungai Nibong yang kehilangan seorang anggota keluarganya malam tadi.

Urusan memandikan dan mengkafankan jenazah telah dilakukan di hospital, manakala solat jenazah dilakukan di Surau Al Manan, Kuala Parit 13 Sungai Nibong pada jam 10 pagi tadi.

Ustaz Mohd Fadzin Taslimin bersama pimpinan PAS kawasan dan cawangan hadir bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah untuk solat jenazah di Surau Al Manan pagi tadi.

PAS Kawasan Sungai Besar mengucapkan salam takziah dan mendoakan semoga ahli keluarga Allahyarham Sabli bin Ashari tabah dan sabar dalam menerima ketetapan ini. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal Soleh.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor