Home Berita PAS Melaka

Self lockdown, disiplin diri selamatkan nyawa – Ustaz Imran

43
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 24 Mei : Timbalan Pesuruhjaya‐2 PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman berkata rakyat mesti sama-sama menyokong kempen ‘self lockdown’ dan mendisiplinkan diri sendiri untuk menyelamatkan nyawa.

Menurut beliau kerajaan tidak menguatkuasakan ‘total lockdown‘ pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 untuk mengelakkan daripada pendapatan rakyat terjejas jika semua sektor ekonomi ditutup.

“Sebenarnya setiap kita ini ada keperluan dan cara hidup yang berbeza-beza. Contohnya ada sesetengah orang yang mampu membeli secara banyak stok makanan, jadi mereka tidak perlu keluar kerap membeli makanan.

“Ada orang yang bekerja dengan pendapatan harian. Jadi mereka terpaksa keluar kerap (membeli makanan) kerana tidak mampu membeli stok makanan yang banyak.

 

“Jadi jika kerajaan sekat semua sekali tak boleh keluar kerap maka tidak adil kepada yang tidak mampu. Yang mempunyai rutin yang berbeza. Tapi dengan cara ini (self lockdown) kita dapat mengurangkan jumlah orang yang berada di luar,” ujar beliau.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah menambah, dengan ‘self lockdown’ ini setiap orang tahu kemampuan masing-masing dan cuba meminimakan masa untuk keluar membeli barang keperluan.

Menurut Ustaz Imran lagi, semua rakyat harus menyokong kaedah ini yang dilihat lebih adil kepada semua pihak.

“Tapi kita mesti betul-betul ada kesedaran dan disiplin. Kerana kita sendiri yang menentukan jadual kita. Jika kita ada rasa keinsafan bahawa Covid-19 ini merbahaya, maka kita akan ambil serius.

“Tapi jika kita ambil sikap sambil lewa maka yang akan menerima akibatnya mungkin bukan kita sahaja, tapi mungkin melibatkan orang yang kita sayang, dan orang-orang lain yang tidak berdosa,” ujar beliau lagi.

Tambah beliau lagi rakyat harus bekerjasama bagi membantu kerajaan dalam mengawal Covid-19 ini.

“Bila kerajaan kenakan undang-undang ketat semua mengamuk. Semua kata kerajaan zalim. Tapi bila Covid-19 makin menggila semua risau.

“Nah, sekarang masanya untuk kita tidak perlu menunggu penguatkuasa menyaman atau mendenda kita. Tapi kita sendiri mendisiplinkan diri kita sendiri,” ujar beliau.

Beliau turut menyarankan agar semua umat Islam mendirikan solat Hajat memohon semoga bencana ini kembali reda dan berakhir.

“Siapa lagi yang boleh membantu kita sekarang? Hanya kepada Allah SWT kita berserah. Nyawa kita semua di tangan-Nya,” ujar beliau lagi ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) sebentar tadi.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .