Home Berita PAS Kedah

Selesai Muktamar Terengganu, jumpa di Kedah tahun depan

191
SHARE

Oleh MOHD SABRI ABU BAKAR

KUALA TERENGGANU, 9 Nov – Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Baling, Ustaz Hassan Saad selesai menghadiri Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67 di Pulau Duyong Marina Resort, Pulau-Duyong petang ini.

Beliau yang hadir sebagai perwakilan  merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah di atas layanan amat baik kepada semua serta komitmen tinggi penganjuran kali ini.

“Selamat tinggal Muktamar Tahunan PAS Kali-67 Pulau Duyong Terengganu!

“Insya Allah tahun depan Kedah pula  tuan rumah Muktamar seperti disebut Pengerusi Muktamar Tahunan PAS Kali-67 yang juga merangkap Pengerusi Panitia Muktamar tahun ini, Dr Hj Alias Razak pada ucapan penggulungan.

“Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya kita pun dah setuju dalam dewan,” katanya ketika dihubungi PAS Baling hari ini.

Muktamar buat julung kalinya dibuat secara hibrid dengan jumlah perwakilan yang terhad bagi mencegah penularan wabak COVID-19.