Home Berita PAS Selangor

Selangor segerakan tambah atau tingkatkan keupayaan PPV – PJ PAS Selangor

17
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "MY xOX 92% 15:02 BH ONLINE NASIONAL Nafi PPV Selangor berdepan kurang bekalan vaksin Oleh Muhammad Yusri Muzamir Jun 27, 2021 @ 11:54am yusri.muzamir@bh.com.my + BH Warga emas menerima vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam yang dibuka bermula hari ini untuk meningkatkan lagi kapasiti pemberian vaksin COVID-19 di Lembah Klang. Foto FAIZ ANUAR"

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi
Pesuruhjaya PAS Selangor

Rakyat bosan dengan karenah yang berlaku dalam isu pemberian vaksin di Selangor. Dari isu vaksin yang boleh diniagakan melalui SELangkah kepada individu seperti yang viral sehinggalah dakwaan Exco bahawa jumlah vaksin tidak mencukupi yang dibekalkan oleh Putrajaya kepada Negeri Selangor.

Ini telah disangkal oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, Selangor sebenarnya belum menggunakan sepenuhnya bekalan vaksin yang dibekalkan Putrajaya kepada negeri itu.

Menurut KJ setakat 27 Jun 2021 Selangor telah menerima 1,367,306 dos vaksin dan dari jumlah itu 322,606 masih berbaki dan tidak digunakan. Kadar penggunaan vaksin di Selangor adalah antara yang terendah dalam negara iaitu hanya 76%. Menteri MOSTI itu minta Selangor mempercepatkan kadar penggunaan vaksin, jadi tuduhan vaksin tidak dihantar, tidak betul”.

Kenapa kenyataan Exco bercanggah dengan Menteri Besar Selangor bila menyatakan keupayaan untuk menyuntik lebih 80,000 sehari sedangkan MB menyebutkan Selangor hanya punya kapisiti menyuntik sekadar 40,000 sahaja. Ini seolah-olah mengulangi ketidak seragaman kenyataan yang keluar dari Kerajaan Negeri. Tempoh hari, pendirian yang berbeza kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Khas Covid-19 Selangor dan Exco dengan kenyataan MB berkaitan PKP 3.0.

Saya berpendapat bahawa vaksin ini janganlah diperniagakan terutamanya kepada rakyat Malaysia kecuali mungkin pekerja asing yang bermajikan. Saya kira Kerajaan Malaysia mampu memberikan vaksinasi secara percuma termasuklah kepada golongan pekerja. Kenapa pula Kerajaan Selangor yang sangat berkemampuan untuk membeli vaksin dan menjualkannya pula kepada syarikat-syarikat industri.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor