Home Berita PAS Selangor

Integriti dalam membantu – Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor

8
SHARE

May be an image of food and indoor

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Us Shafie Ngah | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Bangi | PAS Kawasan Bangi sudah menggerakkan para sukarelawan di cawangan-cawangan mereka bagi mengenal pasti keluarga yang memerlukan bantuan, akibat PKP yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Ustaz Shafie Ngah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Bangi dalam kenyataan beliau menyatakan, “ahli di cawangan adalah agen parti, mereka lebih tahu kumpulan sasar. Hal ini bagi mengurangkan insiden melonggokkan bantuan kepada orang sama sahaja”.

“Menggerakkan usaha bantuan melalui agen parti bukan bertujuan untuk memberi bantuan kepada ahli parti atau penyokong parti, tetapi cara ini adalah untuk memastikan bantuan itu sampai ke tangan keluarga yang memerlukan di peringkat lokaliti”, sambung beliau.

“Ahli PAS dididik menjalankan amanah. Didikan ini termasuk dalam urusan membantu mereka yang memerlukan. Tidak ada satu kes pun ahli PAS yang khianat, dengan mengambil kesempatan atas tugasan yang diamanahkan, sekalipun tidak sedikit ahli PAS yang hidupnya susah. Bukan susah dengan sebab PKP, tetapi susah sejak dulu lagi. Tetapi dek didikan atau tarbiyah, alhamdulillah mereka bertugas dengan penuh integriti,” kata beliau.

Baliau mengatakan bahawa PAS Kawasan Bangi langsung tiada peruntukan khusus daripada kerajaan sebagaimana ADUN-ADUN kerajaan Selangor. PAS Bangi kutip dana sendiri daripada orang awam yang ada rasa simpati untuk turut sama membantu golongan-golongan yang memerlukan ini. Malah lebih daripada itu, mereka gesa agar ahli-ahli parti menjadi penyumbang utama, kerana antara budaya penting dalam parti ialah memberi, atau menginfaq.

“Sekalipun dana yang mereka kumpul tidak banyak mana, namun bantuan tersebut telah disampaikan kepada kumpulan yang memerlukan, seadanya. “Kami tidak ambil sebarang caj atau komisyen. 100% kami berikan kepada yang memerlukan, insyaAllah. Itulah erti integriti yang juga merupakan nilai utama yang wajib dipegang oleh ahli PAS”, terang beliau lagi.

Foto : Salah seorang yang menerima sumbangan menghantar gambar kepada kami sebahagian dari nilai RM150.00 yang kami sumbangkan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor