Home Berita PAS Selangor

Pemuda PAS Shah Alam mohon sebarkan link bantuan – DPPK Shah Alam

14
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Shah Alam | Kini terlalu ramai rakyat atau penduduk tempatan yang merana kehabisan bekalan makanan kerana kehilangan sumber pendapatan. Kerana terlalu ramai yang memerlukan inisiatif mencari mereka untuk penyampaian bantuan mungkin kurang efektif.

Oleh kerana, kita berada dalam era globalisasi teknologi yang semakin maju, penggunaan media adalah cara yang termudah untuk menyampaikan batuan di masa kini.

Inisiatif Pemuda PAS Shah Alam yang memohon agar semua penduduk dan rakyat tempatan menyebarkan pautan ‘Google Form’ bagi memudahkan pengagihan sumbangan berbentuk barang-barang asas dapur kepada mereka yang memerlukan dalam tempoh PKP 3.0 ini.

“Semoga Allah SWT memelihara kita semua dan permudahkan segala urusan kita dan juga semoga segala usaha untuk menyampaikan bantuan buat mereka yang benar-benar memerlukan berhasil InshaAllah,” Task Force Covid-19 PAS Shah Alam.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor