Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor Us Hanif J – Thabat Dan Murunah

633
SHARE

“Kejap sokong, kejap tak sokong
Kejap kawan, kejap lawan
Politik apa ni??”

Biasa dengar kan? Atau kita sendiri pernah cakap macam tu.

Ok nak bagi tahu (bagi yang nak tahu) bahawa sifat Islam itu antaranya adalah Thabat (Tetap) dan Murunah (Anjal/Fleksibel)

Dalam Islam ada perkara yang telah tetap dan tidak boleh dipinda dan diubah-ubah dasar, prinsip dan perlaksanaannya.

Antara perkara yang termasuk dalam konsep thabat adalah akidah dan hukum-hakam yang disebut secara qat’i (pasti) dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.

Contoh Solat Subuh,
Tak boleh kita nak buat undi untuk solat subuh bulan ini satu rakaat je..sebab lama dah buat dua rakaat.. Ia dah ditetapkan oleh Allah, tak oleh diubah walau majoriti bersetuju untuk ubah.

Al-Murunah (anjal) pula bermakna, selain daripada perkara-perkara pokok dan dasar yang tidak boleh berubah, ada juga perkara-perkara ranting dan cabang yang boleh berubah mengikut kesesuaian dengan perubahan manusia sepanjang peredaran zaman.

Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w boleh berubah mengikut kesesuaian, namun prinsip asasnya masih tetap. Ia bersifat fleksibel dalam hal yang berkait dengan :

a) Cara dan jalan untuk mencapai matlamat dan tujuannya.
b) Cabang-cabang atau ranting-ranting bagi usul dan prinsip Am.
c) Urusan-urusan keduniaan.

Maka,

Tidak pelik apabila pendekatkan politik Islam berubah ubah kerana ia melibatkan cara @ jalan untuk mencapai matlamat yang besar iaitu keredhaan Allah.

Selagi mana ia bertepatan dengan syariat Islam dan tidak bersalahan dengan perkara yang thabat (tetap) dalam Islam..

Jika tiada sifat fleksibel pasti “orang” akan kata Politik Islam itu jumud.

Muhammad Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor