Home Artikel PAS Melaka

“Nampaknya pemfitnah dah terlalu ‘desperate'” – Hawa Yaakub

737
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

HANG TUAH JAYA, 15 Sept : “Nampaknya para pemfitnah dah terlalu ‘desperate’ dan sakit hati kerana kami ‘relax’ saja walaupun calon dari PAS tidak bertanding dalam PRN Sabah sehingga mereka terpaksa mereka-reka ucapan penangguhan kami.”

Demikian dinyatakan Bendahari Dewan Muslimat PAS Melaka, Hawa Yaakub dalam satu hantaran Facebook beliau semalam.

Beliau membuat hantaran ini sebagai mengulas isu penyebaran beberapa tangkap layar palsu mengandungi kata-kata yang tidak pernah diucapkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Bangi di dalam muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat yang berlangsung baru-baru ini.

Tambah Hawa lagi, mereka yang melakukan perkara ini mempunyai akhlak yang keji dan maruah yang rendah serta sanggup berbuat apa saja untuk habuan dunia yang sangat sedikit dalam realiti kehidupan dunia yang singkat.

“Saya dan sahabat-sahabat dari Melaka berada di Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia di Kuala Lumpur dan mendengar sendiri ucapan penangguhan daripada wakil setiap negeri.

“Untuk para pemfitnah di luar sana, ketahuilah bahawa wawasan kami adalah Wawasan Akhirat, perjuangan kami adalah untuk jangka masa panjang, kami bukan gila kerusi atau jawatan.

“Matlamat kami adalah untuk melihat Islam didaulatkan dalam Malaysia. Walaupun kami tidak bertanding dalam pilihanraya, kami telah diserapkan dalam jabatan-jabatan kerajaan, GLC, Majlis Fatwa, Penasihat Agama dalam kerajaan negeri dan banyak lagi, yang mana ini semua merupakan wasilah kami dalam menyemai benih-benih Islam yang syumul dalam sistem ekonomi, masyarakat dan negara kita.

“Yang penting kesatuan Ummah harus dijaga dan dipelihara.

“Kepada rakan-rakan kami dan seluruh rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, usahlah bimbang dengan ketuanan Islam kerana kerajaan Islam tidak pernah menzalimi rakyat yang bukan Islam sepanjang sejarah manusia, akan tetapi, betapa banyak kisah duka yang kita dengar dan lihat bilamana umat Islam disiksa dan disembelih oleh kerajaan bukan Islam semenjak dahulu sehingga zaman moden dan serba canggih kini.” ujar beliau di dalam hantaran tersebut.

Di akhir hantaran itu beliau mengungkapkan bahawa sesungguhnya janji Allah itu pasti sambil menyeru agar dihentikan segala fitnah dan orang ramai perlu mendapatkan teks penuh ucapan Ketua Muslimat PAS Bangi di Facebook Fanpage ‘Muslimat Bangi’.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)