Home Artikel PAS Selangor

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | DMPNS – Penulisan Beradab Dalam Dunia Tanpa Sempadan

467
SHARE

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor menegaskan bahawa tindakan portal negaramerdeka.com yang telah memuat naikkan petikan ucapan Puan Hamsatul dari akaun facebook bernama “Dewan Muslimat PAS Malaysia-DMPM” adalah PALSU dan FITNAH. Akaun tersebut adalah bukan akaun rasmi Dewan Muslimat PAS Malaysia kerana tidak pernah memuatnaikkan penulisan sedemikian seperti yang telah dimaklumkan di media rasmi DMPM.

Ketika ini tiada lagi paparan berkaitan petikan ucapan Puan Hamsatul di portal negeramerdeka.com. Walaubagaimanapun, poster berkaitan petikan ucapan tersebut, telah tersebar meluas. Apa sahaja yang menjadi tindakan dan matlamat negaramerdeka.com, tidak sama sekali akan menjejaskan prinsip berparti di dalam PAS juga prinsip Penyatuaan Ummah di dalam Muafakat Nasional serta Perikatan Nasional.

Berada dalam zaman langit terbuka dan dunia tanpa sempadan ketika ini, tidak bermakna kita mengenepikan adab dan sopan dalam penulisan, apatah lagi mengabaikan suatu yang benar sehingga suatu yang salah itu dilihat dan diyakini seolah-olah benar.

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mengajak semua entiti yang terlibat dalam arena dunia tanpa sempadan, agar waspada dan beringatlah bahawa setiap apa yang dilakukan oleh tubuh badan kita termasuk jari jemari yang menguasai key-board tidak terkecuali dari mendapat pandangan dan hisab Allah Yang Maha Berkuasa.

“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”

Puan Nor Zarina Mohd Azhar
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor