Home Artikel PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor Us Hanif J – Bangga Menjadi Anggota Jabatan Amal

234
SHARE

Kaum Bani Israel dilaknat kerana mereka tidak menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.. Sedangkan mereka telah disampaikan kebenaran oleh para Rasul..

Akibat sombong mereka jadi manusia yang paling degil dan menerima azab yang pedih diatas dunia dan akhirat..

Kami dalam Jabatan Amal Malaysia diajar akan konsep Dakwah dan Ikhlas. Menyampaikan dakwah melalui jalan kebajikan dan aktiviti sukarelawan.

Islam sangat menggalakkan penganutnya agar memberikan manfaat kepada orang lain. Justeru para anggota Jab Amal di tarbiah untuk menyebarkan manfaat sebanyak²nya sebagai medium dakwah yang terbaik.

Alhamdulillah Jab Amal mempunyai kor dan kemahiran yang pelbagai, kemahiran medic, kemahiran mengurus bencana, kemahiran kawalan lalu lintas dan sebagainya. Semua itu adalah khidmat kami kepada masyarakat..

Dr Faisal berkongsi kepada kami, kenapa orang payah nak terima dakwah??

Ada beberapa sebab yang telah disebut,

  1. Kerana manusia itu sombong, rasa mempunyai kelebihan berbanding orang lain
  2. Sibuk dengan dunia, tidak menghiraukan keperluan rohani.
  3. Sibuk menanti bukti “Apa bukti??” sehingga menolak kebenaran kerana menilai berpandukan akal
  4. Sikap Dengki. Yang menjadi asbab menjadi buta dari kebenaran
  5. Malas. penyakit yang tiada ubat kecuali bersungguh². Kebenaran pasti memerlukan kesungguhan, bila malas menguasai ia menolak kebenaran.

Ayuh bersama kami menyebarkan dakwah kebajikan dan manfaat ini.. Moga ia jadi asbab kita diterima sebagai pemilik syurga Allah.

Rasa bangga menjadi anggota Jab Amal.

Muhammad Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor