Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor | PAS Kawasan Selayang – Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Selayang

281
SHARE

Taujihat Pilihanraya : Akidah Perjuangan PAS

Oleh:-
USTAZ SALEH HUDDIN MOHD NASIR
AJK Perhubungan PAS Selangor.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (Al-Imran:200)

  1. Asas perjuangan diikat dgn akidah dan solat. Ucapan pergulungan mursyidul am di muktamar PAS yang lepas, manisnya buah tarbiah pimpinan ulama PAS yang terdahulu sehingga berjaya membuktikan wala ahli yg tidak berbelah bahagi serta pintu pemecah kepada kemenangan PAS pada PRU 15 mendatang.
  2. Ibrah perang khandak mempunyai tentera yang sedikit namun berjaya memerangi orang kafir. Allah berjanji perjuangan ini akan menang, kita hendak meyakini akidah dan i’tiqad kita sebagai jentera. مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah sedikitpun. (Al-Ahzab;23)

  1. Orang berpegang & menggigit akidah akan selesa berjuang. Perjuangan dakwah PAS selama 60 tahun berjaya, dimana Muafakat Nasional terbentuk.
  2. Jentera kena banyak bersabar dengan apa jua keputusan & arahan pimpinan. Rakan-rakan DHPP hendaklah kuat dalam mengukuhkan jentera PAS dimana mempunyai peranan masing-masing.

Sirru a’la barakatillah. Syabas Dan Tahniah sebab hadir kepada semua jentera Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Parlimen Selayang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor