Home Artikel PAS Selangor

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | DMPNS – Selamat Hari Malaysia : Perpaduan Ini Tanggungjawab Bersama.

160
SHARE

  1. Dewan Muslimat Pas Selangor mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia tidak mengira kaum bangsa dan agama.
  2. Sebagai rakyat Malaysia, hari ini merupakan hari penting untuk kita memperingati sejarah penubuhan persekutuan Malaysia pada tahun 1963 yang dianggotai Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura.
  3. Jika dimaknai rentetan peristiwa Hari Malaysia, jelas sebenarnya menandakan sesebuah negara memerlukan kekuatan dari sebuah perpaduan demi membentuk sebuah negara yang majmuk dan sejahtera.
  4. Maka, sebagai penghayatan kepada hari bersejarah ini, DMPNS menyeru untuk rakyat Malaysia untuk berusaha membina dan mengukuhkan lagi perpaduan tidak mengira latar belakang atau warna kulit.

Sebagai contoh, kita boleh meneruskan dan mewujudkan amalan menghormati, bertolenrasi, menyatuni dan berbuat baik kepada setiap lapisan masyarakat majmuk.

  1. Akhir sekali, perlu juga kita sedari bahawa tanggungjawab dalam membina negara yang harmoni ialah tanggungjawab semua rakyat Malaysia. Bahkan, keharmonian ini tidak akan mampu dicapai jika tiada perpaduan dan berlaku perpecahan.

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

Ustazah Hjh Wan Hasrina Wan Hassan
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor