Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor Us Hanif J – Akal yang sihat, Pada tubuh badan yang sihat..

478
SHARE

Berpeluh teruk pagi tadi dikerjakan oleh coach Syafiq DACS Selangor dalam program Fit Merdeka anjuran DACS Kuala Langat Saidul Marjuni dan rakan-rakan..

Tak sangka masyarakat cina dan India yang hadir ke Dataran Banting untuk berjoging sama-sama naik pentas untuk lakukan aktiviti senaman bersama..

Di hujung majlis sempat saya sebut kepada yang hadir berkaitan saranan baginda nabi Muhammad SAW berkaitan kesihatan..

Nabi antara manusia yang sangat menjaga kesihatan, nabi menjaga pemakanan, nabi menjaga kesihatan, sifat tubuh badan nabi sempurna, perut dan dada nabi sekata atas asbab penjagaan kesihatan dan makanan yang sangat rapi..

Islam juga mengajar untuk saling berkenalan diantara kepelbagaian kaum dan bangsa. Terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan dari India dan cina yang sama-sama dalam program.

Di penghujung program kami bersama meluangkan laungan keramat “merdeka” sebanyak 3 kali bersama-sama..

Islam rahmat untuk semua..
Azam nak sihat macam nabi..

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor