Home Berita PAS Sabah

PASTI Jalan Kuhara terima sumbangan kebakaran di Muktamar PAS

736
SHARE

Oleh : Sukriadi Osman
1 September 2020

SANDAKAN : Gimik penyerahan cek cura bernilai RM10,000 telah disempurnakan dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Kali Ke 33 yang diadakan di Hotel Sandakan Style, dekat sini ahad lalu.

Sumbangan tersebut diterima daripada NGO Iman Care dan diserahkan melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah kepada PASTI Nurul Hannani, Jalan Kuhara, Tawau yang terlibat dengan musibah kebakaran pada 26 Ogos lalu.

Cek cura telah diserahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Tawau, Ust Rosli Hasani sambil disaksikan oleh Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan dan Pengarah PASTI Negeri Sabah, Haji Karim Dullah.

Dalam kebakaran tersebut, PASTI Nurul Hanani yang merupakan PASTI pertama dan tertua di negeri ini telah terbakar dalam kejadian yang berlaku di Jalan Kuhara, Tawau sekitar jam 2:00 petang.

Tragedi mengejutkan itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan apabila semua 38 murid dan lima guru berjaya menyelamatkan diri melalui pintu utama premis tersebut.

Sehubungan itu, para dermawan yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Bank Islam 10025010001555 atas nama Pusat Asuhan Tunas Islam Kawasan Tawau.