Home Artikel PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – Perutusan Khas Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

478
SHARE

Ulang Tahun Setahun Muafakat Nasional

27 Muharram 1442H | 15 September 2020

14 September 2020 merupakan hari bersejarah buat landskap politik negara juga dengan termeterainya Piagam Muafakat Nasional antara keluarga besar PAS dan UMNO, dua parti politik terbesar bagi kaum melayu muslim dan tertua yang berlangsung di PWTC tahun 2019 yang lalu

Tangisan air mata yang syahdu menzahirkan keikhlasan antara ahli keluarga besar PAS dan UMNO ini menjadikan detik bersejarah ini bukanlah hanya sekadar kepentingan politik tetapi tautan hati sanubari yang mahu melihat Islam dijulang.

Demi Islam, ummah dan negara segala persengketaan lama dimaafkan, panji dikibar bersama, berpadu tenaga dan berkongsi rasa dalam setiap aktiviti, program dan siri-siri PRK yang berlangsung. Indahnya muafakat ini bukan hanya sewaktu pilihan raya tetapi dalam hubungan semasa baik sesama keluarga, jiran tetangga sehingga pimpinan atasan.

Jangan dibiarkan muafakat ini dirobek oleh musuh. Muafakat ini bukan hanya gimik menuju PRU 15 tetapi atas tuntutan muslim yang bersaudara. Untuk memastikan muafakat ini terus utuh dan terjalin, kita semua baik PAS dan UMNO mestilah :

  1. Ikhlas dengan meletakkan kepentingan tertinggi adalah Islam.
  2. Saling memerlukan sebagai “sebuah keluarga besar” yang diikat dengan akidah.
  3. Saling membantu, kelebihan yang dimiliki dikongsi, kekurangan yang ada ditampung.

Memimpin Negara
Pemuda Bangkit Demi Islam

Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor