Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor | PAS Kawasan Kuala Langat – Penyatuan Muafakat Nasional Membawa Keberkatan

342
SHARE

Alhamdulillah telah genap setahun termeterainya Muafakat Nasional antara PAS & UMNO pada 14 September 2019 yang lalu.

Mengambil semangat ukhuwah dan persaudaraan ini, Muafakat Nasional Kuala Langat telah mengadakan pertemuan muhibbah bagi menguatkan lagi tali persaudaraan sambil bertukar-tukar pendapat dalam suasana penuh muhibbah dan harmoni.

Ketahuilah, ramai yang bergembira dengan penyatuan ini, dan ramai berharap akan penyatuan ini akan terus kukuh demi membentuk negara Malaysia yang gemilang ini. Mari kita sama-sama terus bersatu dan saling memperkuat antara sesama kita.

Dengan kesatuan kita kuat, dengan kesatuan membawa berkat!

Semoga Muafakat Nasional terus kukuh di Kuala Langat dan Malaysia!

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor