Gombak, Selangor | 17 September 2020
Department Arts, Culture & Sport (DACS) Kawasan Gombak dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak (DPPG) telah menganjurkan Liga Futsal 4 penjuru pada malam Hari Malaysia 16 September 2020 di Futsal KSL Centremart dan dihadiri lebih daripada 50 orang peserta dikalangan anak muda di sekitar Gombak termasuk 1 pasukan daripada bangsa India.
Pasukan yang bertanding ditandingi oleh satu pasukan yang mewakili ketiga-tiga DUN di Gombak iaitu Gombak Setia, Hulu Kelang & Sungai Tua dan turut di sertai oleh satu pasukan daripada DACS Gombak.
Objektif program ini diadakan untuk mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan pemain dan mengisi cuti malam Hari Malaysia dengan aktiviti yang berfaedah.
Turut hadir ialah Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak Ust Taufiq bin Yusof dan Setiausaha DPPG Ust Muhaimin bin Mahamaddin.
“ Kita berharap program yang kita adakan pada malam ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama belia yang berlainan dun juga bersama rakan-rakan kita dari bangsa India yang turut bersama-sama kita pada malam ini. ”
“Perpaduan ialah asas kepada pembentukan Negara Malaysia oleh itu sama-samalah kita bangsa Melayu, India, Cina & semua bangsa di Malaysia kita pertahankan perpaduan yang telah lama wujud dan bertapak kukuh di Malaysia ,” ujar Ust Taufiq Yusof dalam ucapan penutup beliau.
Kredit Tulisan : Afif Aziz
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor