Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor | PAS Kawasan Kapar – Pelbagai Program PAS Kawasan Kapar Pada Cuti Sambutan Hari Malaysia

209
SHARE

Kapar, Selangor | 17 September 2020

Sempena Hari Malaysia 16 September 2020 PAS Kawasan Kapar menganjurkan pelbagai program dan aktiviti menyantuni masyarakat pelbagai peringkat

1.Malam Sambutan Hari Msia di Bkt Kapar

Majlis Malam Sambutan Hari Malaysia & Sambutan Ulangtahun Muafakat Nasional diadakan pada malam Hari Malaysia, di Bkt Kapar dihadiri oleh TYDP PAS Kapar & Timb. Ketua Bahagian UMNO Kapar

2. Sarapan Santai MN di Kg Perepat

Program Sarapan Santai bersama MN PDM Kg Perepat di DUN Sementa dan diserikan dengan ucapan YDP Kawasan PAS dan Ketua Bahagian UMNO Kapar.

3. Konvoi ARC

Konvoi ARC BMF sempena Hari Malaysia telah diadakan pada sebelah pagi 16hb Sept dengan flag off dilakukan oleh Dr Halimah Ali, AJK PAS Pusat & AJK PAS Kapar.

4. Ekpedisi Dakwah ke Pulau Ketam

Sempena menyambut Hari Malaysia tanggal 16 September, Lajnah Dakwah DPPNS dengan kerjasama Lajnah Dakwah Dewan Pemuda Pas Kawasan Kapar serta NGO Akademik Dakwah Anak Muda (ADAM) turun ke lapangan di Pulau Ketam menyantuni masyarakat cina di sini disamping mengedarkan jalur gemilang,risalah dakwah & kuih bulan

5. Pelancaran Jentera Muslimat DUN Meru

Majlis Pelancaran Jentera telah sempurna dilancarkan oleh YDP Kawasan di Anjung Rakyat Meru.
Turut bersama Pengarah Pilihanraya DMPN, Ketua DMPK Kapar, Pengarah JPRD Meru serta Pimpinan di semua Peringkat.

6. Gotong royong memasak Bubur Candil dan Bubur lambuk serta edaran di PASTI Aiman

Sejak pagi muslimat DUN Sementa telah bergotong royong memasak Bubur Candil dan Bubur Asyura untuk diedarkan di sebelah petang.

7. Ziarah Kasih PKP Sementa

Di sebelah petang PKP Sementa telah mengadakan Siri Ziarah Kasih ke beberapa rumah yang terpilih. Rombongan ini diketuai oleh Us Noor Najhan Mohamad Salleh, YDP PAS Kapar bersama Pimpinan Halwa dan Cawangan Bt 4 dan diantara rumah yang diziarahi rumah Pn Aisyah yang di mana anaknya Zayah Ghazali mengidap penyakit kronik tahap 4 dan sedang menerima rawatan kimo di HKL.
Moga keluarga ini tabah dan redha dalam ujian ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
PAS Kawasan Kapar

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor