RISALAH UNTUK PENGUNDI
Bilangan: 11
SELAMATKAN WANG NEGARA DENGAN DASAR PEMERINTAHAN ISLAM
Oleh:
USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
1. Firman Allah SWT:
قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ
Yang bermaksud: Yusuf berkata: “Jadikanlah aku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”. [Yusuf: 55]
2. Tindakan Nabi Yusof AS memohon berada ditampuk kepimpinan adalah untuk menyelamatkan perbendaharaan negara dengan panduan Ilahi berdasarkan wahyu yang diturunkan ke atas Baginda AS. Ibnu al-Arabi menyatakan bahawa tindakan Baginda AS tersebut adalah bagi memastikan hak-hak golongan fakir miskin dapat disalurkan kepada mereka dan supaya tiada orang yang dapat memakan harta perbendaharaan dengan sewenang-wenangnya.
3. Implikasi positif dengan menyelamatkan wang negara ialah lebihan sumber dapat digunakan untuk kebaikan rakyat secara umum. Sebab itu, dalam manifesto PAS ada tawaran melupuskan hutang peminjam PTPTN, bantuan bulanan makanan kepada fakir miskin dan sebagainya yang melibatkan kos yang besar mampu direalisasikan apabila wang negara dapat diselamatkan.
4. Pelbagai skandal dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) pada hari ini, jika di urus dengan cara Islam, akan mampu memberikan manfaat kebajikan yang besar kepada rakyat. Begitu juga ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan yang saban tahun menunjukkan pemborosan melibatkan billion ringgit dapat diatasi.
5. Masalah korupsi ini tidak mampu diubati melainkan dengan kembali kepada dasar pemerintahan Islam. Rakyat perlu membuka minda agar memilih kerajaan yang bebas dari korupsi kerana ia dilarang oleh Allah SWT dan juga demi menyelamatkan wang negara bagi kemaslahatan serta kebajikan umum rakyat.
6. PAS menerusi kerajaan Kelantan telah berjaya menunjukkan model pentadbiran ekonomi Islam yang boleh dibanggakan dan patut diangkat ke tahap pelaksanaan pentadbiran peringkat Persekutuan dengan memberikan PAS mandat untuk memerintah pada PRU-14 ini.
Terbitan:
Jabatan Pilihan Raya Ulamak
Dewan Ulamak PAS Pusat
15 Syaaban 1439H / 1 Mei 2018 (Selasa)
Sila muat turun dokumen (versi PDF kualiti percetakan) bagi tujuan cetak & sebaran kepada pengundi PRU-14 di pautan berikut:
risalah untuk pengundi – bil 11