Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

PAS Tampil Calon Wanita Berpotensi

4547
SHARE

KUALA LUMPUR : Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) menyaksikan pertembungan 3 penjuru komponen parti utama iaitu PAS-Gagasan Sejahtera, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Sudah pasti PRU 14 bakal mencipta satu sejarah dalam Malaysia, masyarakat semestinya akan menantikan detik pengumuman keputusan pada malam 9 Mei akan datang siapakah yang akan menerajui kerajaan.

Justeru PAS tidak ketinggalan menampilkan calon wanita seiring dengan hasrat PAS membawa suara wanita dalam parlimen dan dewan undangan negeri yang berpotensi membawa mesej parti.

PRU 13 yang lepas PAS telah meletakkan 22 orang calon wanita, 8 bagi kerusi Parlimen manakala 14 bagi kerusi DUN.

Berbeza dengan PRU 14, PAS telah menampilkan 9 calon wanita bagi kerusi Parlimen dan 27 calon bagi kerusi DUN, serta seorang calon wanita yang akan bertanding bagi kedua-dua kerusi Parlimen dan DUN.

PAS optimis untuk menang pada PRU kali ini dengan dokongan daripada semua pihak baik calon, jentera mahupun pengundi.

Berikut senarai calon wanita bagi kerusi Parlimen dan DUN yang akan mewakili PAS-Gagasan Sejahtera pada PRU 14 nanti;

PARLIMEN

▪ SELANGOR (2)
1. P105 Petaling Jaya : Puan Hajjah Noraini Hussin
2. P107 Sungai Buloh : Ustazah Nuridah Mohd Salleh

▪ PERAK (2)
1. P058 Bagan Serai: Hajjah Rohaya Bakar
2. P069 Parit : Dr Najihatussalehah Ahmad

▪ KEDAH (1)
P006 Kubang Pasu: Puan Norhafiza Fadzil

▪ PAS PULAU PINANG (1)
P041 Kepala Batas : Ustazah Siti Mastura Mohamad

▪ WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (1)
P124 Bandar Tun Razak : Dr Rosni Adam

▪ JOHOR (1)
P155 Tenggara : Puan Yuhanita Yunan

▪ KELANTAN (1)
P023 Rantau Panjang : Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff

▪ SABAH (1)
P185 Batu Sapi : Puan Norsah Bongsu

DUN

▪ SELANGOR (7)
1. N19 Bukit Antarabangsa : Puan Sharifah Haslizah Syed Ariffin
2. N25 Kajang : Puan Zaiton Ahmad
3. N29 Sri Serdang : Puan Noor Hanim Ismail
4. N39 Kota Damansara : Puan Siti Rohaya Ahad
5. N43 Sementa : Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan
6. N44 Selat Klang : Dr Halimah Ali
7. N56 Sungai Pelek : Puan Rohaya Mohd Shahir

▪ KEDAH (4)
1. N01 Ayer Hangat: Puan Azlina Azina
2. N05 Bukit Kayu Hitam : Puan Habshah Bakar
3. N29 Sidam : Puan Noor Hidayah Foo Abdullah
4. N33 Merbau Pulas : Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali

▪ JOHOR (4)
1. N03 Pemanis : Puan Normala Sudirman
2. N37 Johor Lama : Puan Zaharah Othman
3. N42 Johor Jaya : Cik Kumutha A/P Rahman
4. N44 Larkin : Puan Zakiah Tukirin

▪ PERAK (3)
1. N34 Bukit Chandan : Puan Intan Norhani Mohamad Basir
2. N48 Ayer Kuning : Puan Salmah Ab Latiff
3. N51 Pasir Panjang : Puan Rohawati Abidin

▪ NEGERI SEMBILAN (2)
1. N17 Senaling : Puan Fazilah Abu Samah
2. N25 Paroi : Ustazah Masita Mohamed Ali

▪ PAHANG (2)
1. N14 Teruntum : Puan Azizah Mohd Ali
2. N15 Inderapura : Dr Wan Maseri Wan Mohd

▪ KELANTAN (2)
1. N08 Tanjung Mas : Puan Rohani Ibrahim
2. N19 Demit : Puan Mumtaz Md Nawi

▪ SABAH (2)
1. N03 Pitas : Puan Dausieh Queck
2. N44 Karamunting : Puan Norsah Bongsu

▪ MELAKA (1)
N25 Rim : Puan Hajah Kintan Man

▪ PAS PULAU PINANG (1)
N38 Bayan Lepas : Puan Zarina Shinta Mad