Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Selamatkan Sungai Kereh segera!

30
SHARE

Merujuk kepada kenyataan media Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pulau Pinang (LATAS) berkaitan isu alam sekitar, PAS Kawasan Tasek Gelugor juga melahirkan rasa dukacita dan kecewa diatas isu pencemaran Sungai Kereh yang gagal ditangani sejak lebih dari 40 tahun yang lalu sehingga ke hari ini.

PAS Kawasan Tasek Gelugor juga senada dengan LATAS PAS Pulau Pinang bahawa isu kemusnahan alam sekitar ini telah dipandang sepi kerajaan negeri Pulau Pinang selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) dan turut mempersoalkan kredibilti kerajaan negeri apabila salah seorang exco pernah ditahan oleh SPRM pada tahun 2017 berkaitan isu kilang haram.

Kami juga turut ingin menyeru agar perhatian secara serius dan proaktif dapat diteruskan oleh pihak Kementerian Alam Sekitar (KASA) dalam bertindak ke atas jenayah alam sekitar Sungai Kereh yang gagal diselesaikan sehingga kini.

Lebih mengecewakan apabila majoriti index kualiti air sungai-sungai di Pulau Pinang kini berada pada tahap 4 dan 5 yang sekaligus menunjukkan kegagalan pentadbiran kerajaan negeri dalam menjaga dan menyelia sumber air mentah negeri ini malah dilihat tidak bijak mempersoalkan kemampuan kerajaan negeri Kedah dalam mengurus Sungai Muda.

Malah kami melihat sikap tidak proaktif dalam menangani isu ini oleh kerajaan negeri adalah bertentangan dengan slogan kerajaan negeri, ‘Cleaner, Greener Penang’ yang dilihat hanya sekadar retorik namun turut memuji sikap KASA dalam menekuni isu ini bersama agensi-agensi penguatkuasa persekutuan dan tempatan.

PAS Kawasan Tasek Gelugor mendesak usaha menyelamatkan Sungai Kereh ini segera diteruskan dan menyeru agar semua agensi pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO), aktivis alam sekitar dan masyarakat setempat memainkan peranan yang sewajarnya.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

Rizal Hafiz
Ketua Penerangan
PAS Kawasan Tasek Gelugor
Mantan Calon Parlimen Tasek Gelugor
5 Mei 2021