Home Artikel PAS Pulau Pinang

Muslimat Tasek Gelugor ziarah Klinik Kesihatan

32
SHARE

Tasek Gelugor, 4 Mei – Bersempena Bulan Ramadan, Dewan Muslimat PAS Tasek Gelugor telah mengadakan Program Ziarah Ramadan ke Klinik Kesihatan Tasek Gelugor bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan biskut Hari Raya kepada para petugas dan di Klinik Kesihatan tersebut. PAS Tasek Gelugor amat menghargai pengorbanan anggota kesihatan dan kakitangan agensi kerajaan yang bertugas terutamanya di dalam menghadapi pandemik Covid19 yang sedang melanda negara.

Kotak juadah itu adalah sumbangan badan kebajikan Muslimat dan PAS Kawasan Tasek Gelugor telah disampaikan oleh YDP PAS Tasek Gelugor, Mohd Sobri bin Salleh. Katanya, setiap kotak juadah mengandungi kuih, biskut dan kerepek, yang dihasilkan oleh usahawan dari seluruh Kawasan Tasek Gelugor. Rombongan PAS Tasek Gelugor telah disambut oleh kakitangan Klinik Kesihatan yang diketuai oleh Rachadah Aboo Hassan yang merupakan Penyelia Jururawat Kesihatan di Klinik terbabit.

Menurutnya, dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19 yang melanda negara sekarang ini, ramai anggota Kesihatan yang bertugas di barisan hadapan perlu memberi tumpuan yang lebih terutamanya di dalam membendung penularan penyakit tersebut. Ada di kalangan petugas kesihatan yang terpaksa mengorbankan cuti dan masa bersama keluarga demi menggalas tanggungjawab yang dipikul. Sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak akan dapat memberikan kegembiraan kepada para petugas untuk turut sama menyambut kedatangan bulan Ramadan selain dapat berkongsi rezeki bersama-sama masyarakat setempat.

Wakil Dewan Muslimat, Puan Solehah Yusof berkata, program ini diharapkan ini akan dapat membentuk suatu kerjasama erat di antara masyarakat dengan pihak agensi kesihatan tempatan dalam membendung penularan Covid19 dan pencegahan kepada lain-lain penyakit.