Home Kenyataan Media PAS Kelantan

Selamat menyuntik vaksin Ramadan 1443h

46
SHARE

Maghrib khatimah Syaaban semalam, tentunya kita sekeluarga khusyuk berdoa
“Ya Allah, sejahterakanlah kami sehingga datangnya Ramadan. Sejahterakanlah Ramadan bagi kami dan terimalah daripada kami (ibadat pada bulan itu). Amin ya Rabbal ‘alamin.”

Segala puji bagi Allah SWT atas kurniaan rezeki kepada kita menyambut ketibaan Ramadan 1443H hari ini, dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.

Sesungguhnya kunjungan bulan kesembilan dalam takwim Hijriah ditamsilkan sebagai penawar bagi racun mazmumah yang bersarang selama sebelas bulan dalam kalbu manusia.

Selamat menyuntik vaksin Ramadan semoga imunisasi ruh dan jasad kita kebal daripada segala kemungkaran serta beroleh keberkatan dalam maghfirah-Nya.

Salam Ramadan al-Mubarak daripada:
YB USTAZ AHMAD FATHAN MAHMOOD
Pengarah Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan.