Home Berita PAS Wilayah

Selamat Tahun Baru 2022

173
SHARE

Allah berfirman yang bermaksud :

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran serta kesabaran.” (Al-Asr: 1 – 3)

Tahun 2021 telah pun berlalu terlalu singkat buat kita seluruh rakyat di Malaysia. Alhamdulillah kita masih diberi nafas untuk meneruskan perjuangan hidup serta nikmat iman & islam pada tahun 2022 ini. Ada di antara kita yang tidak sempat sampai ke tahun ini, akibat musibah bencana banjir, tanah runtuh yang baru-baru ini dan juga kes covid19 yang semakin berkurangan.

Syabas diucapkan kepada YAB Dato’ Seri Ismail Sabri dan kerajaan atas usaha sambutan hari tahun baru diganti dengan majlis berzikir diseluruh Malaysia. Semoga tahun baru ini, kita lebih bertaqwa kepada Allah s.w.t serta terus berdoa agar kita sentiasa dilindungi dibawah rahmatNya dan dijauhi segala bencana yang tidak diingini. Marilah kita menggunakan masa yang ada di tahun baru ini dengan perkara yang bermanfaat.

Dengan kesempatan ini Pas Kawasan Bukit Bintang ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2022 kepada semua rakyat Malaysia khususnya Penduduk Parlimen Bukit Bintang.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

Daripada
PAS KAWASAN BUKIT BINTANG
01 Januari 2022 | 27 Jamadilawal 1443H

#SelamatTahunBaru2022
#islammemimpinperpaduan
#PasKawasanBukitBintang