Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Menyambut Hari Sarawak : 22 Julai 2017

741
SHARE

22 Julai merupakan satu tarikh penuh bersejarah kepada warga Sarawak. Hari Sarawak jatuh pada tanggal 22 Julai 1963. Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negeri Sarawak yang ke-54 (22 Julai 1963 – 22 Julai 2017).

“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepadanya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. Dan dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahma Nya (hujan) hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu. Maka kami keluarkan dengan sebab hujan itu berbagai macam buah-buahan. Seperti itulah kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran. Dan tanah yang baik, tanam-tanamannya tumbuh dengan seizin Allah, dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami)bagi orang-orang yang bersyukur.” (QS Al A’raf : 56-58)

Alhamdulillah, syukur di atas segala nikmat limpah dan kurniaannya. Memetik firman Allah ini, Allah berpesan kepada seluruh umatnya di muka bumi agar sentiasa menjaga setiap makhluk sama ada manusia, haiwan dan segala peri isi di atas bumi ini. Sesungguhnya sebuah negara yang dibangunkan atas dasar memelihara segala keharmonian, keamananan sejagat serta pembangunan yang lestari akan melahirkan rakyat yang aman damai serta suasana kondusif untuk persekitaran kehidupan penduduk sekitar khususnya.

Sarawak dilihat semakin hari semakin maju dengan ledakan arus semasa dari segala aspek seperti ekonomi, sumber alam, teknologi, tanaman, institusi pendidikan dan pelbagai lagi sektor lain menunjukkan prestasi yang semakin meningkat. Justeru, dalam peredaran masa ini juga, rakyat Sarawak perlu lebih peka dan prihatin untuk membangunkan minda yang telah lama dijajah dan terjajah daripada segala bentuk sama ada pemikiran, hiburan, kewangan dan sebagainya.

Kami DMPM mengharapkan agar rakyat Sarawak akan terus dilimpahkan dengan nikmat dan rezeki dari Allah dan seterusnya mendoakan agar negeri Sarawak akan terus maju dan aman sejahtera.

Selamat Hari Kemerdekaan buat rakyat Sarawak!

“Muslimat Memacu Kemenangan”

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
29 Syawal 1438 H
23 Julai 2017

 

{jathumbnail off}