Home Berita PAS Pahang

Walimatulurus Perdana 4.0: Tahniah daripada PJ Pahang

664
SHARE

Assalamualaikum:

 

Saya panjatkan kesyukuran diatas kejayaan dan kelancaran perjalanan Majlis Walimatulurus Perdana 4.0 PAS DUN Tanjung Lumpur yang telah berjalan dengan sempurna semalam.

 

Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah membantu menjayakan majlis ini, terutama kepada semua jentera PAS DUN Tg Lumpur dan kakitangan Pejabat ADUN Tg Lumpur yang telah terlebih dahulu berhempas pulas sehinggalah ke akhirnya.

 

Terima kasih kepada PAS KUANTAN, DMPK, DPPK, DUPK, JABATAN AMAL, AMEERAH, PAS DI SEMUA CAWANGAN, MASJID KG SG SOI, MAHAD TAHFIZ DARUL FIKRI, PUJI, PONDOK AN NUR, KELAB ISTIQAMAH AL HUDA, PASUKAN KOMPANG AZ ZAHRA, ARC, KELAB WAJA, MAFAZ, MABNA, PAS PAYA BESAR, SURAU AL IKHWAN, SURAU AR RAYYAN, BOMBA, JAIP, SPR dan juga kepada semua penyumbang samada keewangan atau tenaga yang kami lupa untuk tuliskan disini.

 

Semoga penat lelah kita untuk menjayakan majlis ini dinilai oleh Allah sebagai amal soleh yang menyebabkan kita perolehi kebaikan didunia dan Akhirat, Syukur Alhamdulillah dan terimakasih atas segalanya.

 

YB UST ROSLI ABDUL JABAR
ADUN TANJUNG LUMPUR

 

Gambar :
Ustaz Rosli dan isteri mendahului pasangan-pasangan pengantin baru menuju ke tapak jamuan di pantai peranginan Kempadang selepas sah diijabkabulkan semalam. Beribu-ribu tetamu turut meraikan waliwatul urus perdana kali ini yang diadakan serentak dengan majlis jamuan raya PAS Parlimen Kuantan.