SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2019.
Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia . Semoga dikurniakan keberkatan rezeki dan berbahagia di dunia dan di Akhirat .
Hayati firman ALLAH SWT di dalam Al-Quran :
“Dan katakanlah wahai Muhammad : Beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”
At Taubah : 105.
Dinukilkan dalam Al-Quran yang mafhumnya:
Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi jujur”.
Surah Al-Qasas, 26.
Marhum ayat ini menggambarkah bahawa antara kriteria yang patut diutamakan ketika memilih seorang pekerja ialah menepati ciri ‘Al-Qowiyyul Amin’ iaitu mestilah seorang kuat dan sihat tubuh badannya serta amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.
Jika adanya sifat amanah dan jujur dalam diri ,maka segala kepincangan dalam sesuatu organisasi bidang pekerjaan atau jabatan pastinya mustahil akan berlaku.Salahguna kuasa dan rasuah serta pecah amanah tidak akan berlaku selaku Malaysia memiliki pekerja berjiwa ‘ Rabbani ‘ yang beriman dan bertakwa kepada ALLAH SWT serta percaya akan pembalasan di akhirat .Syurga pasti menjadi dambaan buat pekerja yang berdedikasi tinggi.
Selain kuat lagi jujur dan amanah , kesihatan diri juga pasti dijaga agar badan terus sihat dan kuat selari dengan ciri pekerja dan pemimpin yang bersifat ‘Al-Qowiyyul Amin'(kuat lagi amanah).
Akhir kata ,diucapkan “Selamat Menyambut Hari Pekerja “.
Semoga sihat dan ceria serta terus berusaha menjadi penyumbang produktiviti negara Malaysia yang tercinta.
“Pekerja Amanah Aspirasi Negara”.
“Pekerja Berintegriti Nadi Produktiviti Negara”
Salam hormat:
Normala Binti Sudirman (Cikgu Mala).
Setiausaha Lajnah Pekerja & Pengguna
PAS Pusat Sesi 2017/2019.
Merangkap Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.