Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Menjawab : Peperiksaan PT3 & UPKK

61 views
SHARE

Selamat Menjawab : Peperiksaan PT3 & UPKK

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang bermula pada 1 Oktober 2018.

Allah SWT berfirman:

‎فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ

“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.”
(Surah Ali Imran : 159)

Semoga Allah memberi kejayaan dan kecemerlangan kepada para calon PT3 dan UPKK. Mohonlah bantuan kepada Allah SWT setelah selesai berdoa, berusaha dan bertawakkal kepada-Nya.

“Islam Memimpin”

“Muslimat Istiqamah Memacu Kemenangan”

NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
1 Oktober 2018 bersamaan 21 Muharram 1440H.