Home Berita PAS Sabah

Guru-guru PASTI Sabah Ikuti Kursus Cepat Membaca Hadi & Huda

2770
SHARE

PASTI Negeri Sabah telah mengadakan Kursus Cepat Membaca Hadi & Huda ( CMHH) kepada guru-guru PASTI Negeri pada 29 dan 30 September, di sini baru-baru ini.

Kursus tersebut telah disampaikan oleh Cikgu Ahmad Jaafar dari Institut Perguruan PASTI Malaysia ( IPPM).

Pada Sabtu 29 September , kursus untuk guru-guru PASTI Zon Pantai Timur telah  di adakan di Hotel De’ Choice , Tawau .

Manakala untuk guru-guru PASTI Zon Pantai Barat pula diadakan di  Akademi Kastam Diraja Malaysia Cawangan Sabah pada Ahad 30 September.

Seorang perserta kursus, Maimunah Mahmud dari PASTI Kawasan Kunak menyatakan beliau bersyukur kerana  terpilih menyertai kursus tersebut dan akan mencari ruang dan peluang untuk membuka kelas cepat membaca.

Manakala  Kasminah Sulaiman dari PASTI Sepanggar pula  berkata bahawa dengan mengikuti kursus tersebut,   para peserta dapat  mempelajari  banyak input ilmu serta  kemahiran baru yang bermanfaat.

Kasminah berharap agar ilmu yang mereka perolehi di kursus tersebut dapat diaplikasikan dalam mendidik pelajar kelak.

Kaedah Cepat Membaca Hadi & Huda ( CMHH) merupakan  satu kaedah pembelajaran abad 21 menggabungkan pembelajaran menggunakan Aplikasi KAHOOT dan buku .