Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah Tahun 2019

861
SHARE

Selamat Menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah Tahun 2019

Selamat menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR bagi tahun 2019 kepada semua murid tahun 6 diseluruh negara.

Semoga diberikan ketenangan dan kemudahan ketika menjawab soalan.

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلا.

Maksudnya : “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Pohonlah redha kedua ibu bapa dan restu ilmu para guru. Semoga Allah memberkati segala ilmu dan dipermudahkan ketika menjawab soalan-soalan di dalam dewan peperiksaan nanti.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
Ahli Dewan Negara

3 September 2019
3 Muharram 1441