Home Artikel PAS Pulau Pinang

Motivasi, Yaasiin persiapan akhir pelajar UPSR

269
SHARE

KEPALA BATAS: Lajnah Pendidikan Muslimat PAS Kawasan Tasek Gelugor dan Kepala Batas telah mengadakan program motivasi kepada anak-anal pelajar Sekolah Rendah Agama al-Hidayah, Pongsu Seribu, di sini kelmarin.

Majlis yang turut diselitkan bacaan Yaasiin bersama para pelajar, guru dan waris ini diadakan sebagai persediaan terakhir sebelum pelajar menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada esok, 4 September.

Ceramah telah disampaikan Exco Penerangan Pemuda PAS Kepala Batas, Ustaz Muhammad Hambali Zulkifli yang antara penekanan beliau adalah terhadap solat dalam mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Pengarah Motivasi, Nazatul Fadzilah Mohd Noor menyatakan harapannya agar program tersebut sedikit sebanyak membantu membina keyakinan diri dalam kalangan pelajar tersebut menghadapi UPSR.

Beliau juga berharap semua pihak terutama guru dan ibu bapa memberi komitmen penuh bagi memastikan anak-anak telah bersedia sepenuhnya menjawab peperiksaan.