بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين
Ya Allah,
Hari esok, 13 November anak-anak kami, anak-anak saudara kami, anak-anak sahabat kami akan menduduki peperiksaan SPM.
Kami bermohon kepada-Mu Ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi Ya ALLAH.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di sepanjang peperiksaan mereka berlangsung nanti Ya ALLAH… Permudahkanlah mereka menjawab semua soalan dalam setiap mata pelajaran yang mereka ambil nanti Ya ALLAH… Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.
Ya Allah,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah,
Berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi Ya ALLAH… Semoga menjadi pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah serta menghampirkan diri mereka kepada-Mu Ya ALLAH.
Ya Allah,
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada-Mu agar akhlak anak-anak kami diperbaiki.
Ya Allah,
Kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu Ya ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan-Mu Ya ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Jauhilah mereka berada di tempat-tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka dari melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka-Mu Ya ALLAH.
Ya Allah,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau lalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah Ya ALLAH.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa kami ini.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ
رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ
ٱللّهم نجح لأبناءنا فى الإمتحان هذا العام
وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْن
وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ
امين يا رب العالمين
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada semua calon SPM seluruh Malaysia. Semoga Allah kurniakan ketenangan dan kemudahan dalam menjawab soalan-soalan.
Selamat Maju Jaya!
“Islam Memimpin”
“Muslimat Istiqamah Memacu Kemenangan”