Home Artikel PAS Sabah

Majlis Khatam Hafazan Al- Quran 30 Juzuk MDH Tawau

112 views
SHARE

 

 

TAWAU :  Madrasah Darul Hidayah ( MDH ) Kg Sungai Imam Tawau  telah mengadakan Majlis Khatam Al- Quran bagi pelajar-pelajarnya yang khatam 30 juzuk.

Lima orang pelajar telah berjaya mengkhatam  ialah Mohd Firdaus Mohd Fazillah, Nurul Izzatul Akidah Nyompa, Nuraini Husna Adiyansah , Nurul Afifah Abdul Rahim,  dan Nur Amiera Atiqah Abdullah

Pengarah MDH , Ustaz Nasir Che Ali mengucapkan tahniah kepada semua pelajar dan  ibu bapa yang telah banyak bersabar  sepanjang tempo hafazan dan sentiasa  berdoa atas kejayaan anak-anak mereka.

Beliau juga mengucapkan terima kasih  kepada semua tenaga pengajar dan  ibu bapa atas segala bantuan dan komitmen yang telah banyak diberikan kepada MDH.

Menurut beliau ,  selain istiqamah ,  penghayatan dan mengamalkan  intipati  al quran amat perlu sebagai panduan untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat .

Dalam majlis tersebut juga ,   para hadirin turut didendangkan alunan qasidah dari Kumpulan Qasidah Madrasah Darul Hidayah.