Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Melangkah Alam Baru Persekolahan 2020 : Menjadi Muslim Hebat!

128
SHARE

Selamat Melangkah Alam Baru Persekolahan 2020 : Menjadi Muslim Hebat!

Sesi persekolahan 2020 bermula sudah. Hari pertama anak-anak kita melangkah kaki ke alam persekolahan baharu. Detik saat ini sangat indah buat para ibu bapa kerna anak-anak sudah menginjak ke satu usia baharu mereka.

Gelagat, telatah dan kenangan pertama di hari baru ini pasti mengukir memori indah buat semua. Para guru menanti anak didik mereka dengan penuh bersemangat.

“Tidak ada pemberian orang tua kepada anak yang lebih utama daripada pendidikan yang baik.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Pesanan daripada saya mewakili seluruh Dewan Muslimat PAS Malaysia kepada para pelajar baharu sesi 2020, selamat memulakan dunia yang penuh cabaran, terus menjaga adab dalam menuntut ilmu, menghormati guru, menjaga akhlak dan saling membantu sesama teman rakan sebaya dan menjaga nama baik sekolah anda.

Buat para ibu bapa, tanggungjawab memberikan pendidikan bermula di rumah. Maka, pendidikan tidak formal perlu diterapkan di rumah dengan nilai-nilai Islam haruslah diberi keutamaan dalam keluarga masing-masing. Ibu bapa adalah cerminan kepada anak-anak anda. Justeru, tunjuklah akhlak yang baik, didik ajari anak-anak dengan amalan mulia serta ikutilah acuan sunnah didikan Rasulullah s.a.w.

Tidak lupa ucapan buat para pendidik seMalaysia, teruskan membina anak bangsa menjadi insan berguna lagi bermanfaat buat keluarga, agama dan negara. Tanamkan sifat ikhlas, sabar, kental emosi dan sentiasa tenang dalam segala ujian cabaran yang mendatang. Semoga Allah memberi pahala kebaikan buat seluruh guru yang mendidik anak bangsa.

Selamat belajar dan jadilah insan yang berguna di masa hadapan!

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

“ISLAM MEMIMPIN WANITA SEJAHTERA”

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
6 Jamadil Awal 1441H
2 Januari 2020