Home Artikel PAS Melaka

PASTI Negeri Melaka dan Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya Ziarah Keluarga Bekas Murid PASTI Meninggal Dunia Kanser Otak

246
SHARE

Pengarah PASTI Negeri Melaka Ustaz Mohd Shafiq Ismail bersama Ketua Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya, Ridzuan Ibnu Sarif dan Ketua Dewan Ulamak Kawasan Hang Tuah Jaya, Ustaz Rizal Idris menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa Allahyarham Mohd Alif Bin Asri

Oleh : ANAS ABDULLAH

HANG TUAH JAYA : PASTI Negeri Melaka bersama Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya telah memberikan sumbangan kepada ibubapa kepada Allahyarham adik Mohd Alif Bin Asri, pelajar 5 tahun dari PASTI Little Ameer, Taman Cempaka, Melaka dalam satu ziarah ke rumah keluarga Allahyarham di sini petang semalam.

Allahyarham sebelum ini mendapat rawatan seawal bulan April tahun 2019 di ICU Hospital Kuala Lumpur setelah disahkan menghidap kanser otak. Allahyarham meninggal dunia pada 30 September 2019.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah PASTI Negeri Melaka Ustaz Mohd Shafiq Ismail untuk membantu meringankan beban ibubapa serta ahli keluarga Allahyarham.

Turut hadir bersama ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya, Ridzuan Ibnu Sarif dan Ketua Dewan Ulamak Kawasan Hang Tuah Jaya, Ustaz Rizal Idris.