Home Berita PAS Wilayah

Selamat Maju Jaya Mufti Wilayah Persekutuan Baharu

1859
SHARE

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) serta seluruh saff kepimpinan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sahibus Samahah Dr. Luqman bin Hj. Abdullah atas lantikan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu berkuatkuasa 15 Mei 2020 hingga 14 Mei 2022.

Beliau dilantik menggantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) beberapa bulan lalu.

Anak jati Kelantan berusia 51 tahun ini juga adalah anak kepada seorang ulama terkenal iaitu Allahyarham Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman yang juga Pengerusi Madrasah Ar Rahmaniah Pondok Lubok Tapah.

Beliau sebelum ini adalah pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) selain menjadi Ahli Lembaga Pusat Pembangunan Pengajian Pondok Kelantan, Ahli Panel Pakar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ahli Panel Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Beliau yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari University of Edinburgh dalam bidang undang-undang harta Islam turut bergiat aktif dalam pembentangan kertas kerja dalam pelbagai forum dan seminar di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa dalam bidang persoalan wakaf, zakat, usul fiqh dan pengajian tradisional.

Semoga segala urusan beliau untuk melestarikan Islam di bumi Wilayah Persekutuan ini dipermudahkan olehNya.

Siiru ‘ala barakatillah

Islam Memimpin Perpaduan

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
16 Mei 2020 l 23 Ramadhan 1441H