Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Kembali ke Sekolah Sesi 2019

39 views
SHARE

Selamat Kembali ke Sekolah Sesi 2019

1.Sesi persekolahan 2019 sudah pun bermula. Pelbagai gelagat anak-anak boleh dilihat di awal pagi. Saat indah buat ibu bapa menghantar ke sekolah pada hari pertama pasti menjadi kenangan.

2.Ibu bapa pasti mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Justeru, tugas mendidik bukan sahaja disandar pada para guru semata, pendidikan tidak formal telahpun bermula di rumah. Ibu bapa adalah insan utama yang perlu mencorak anak-anak di rumah dan seterusnya memberikan pendidikan serta keperluan yang semampu mungkin agar perkembangan anak-anak dalam suasana yang positif lagi kondusif.

3.Marilah kita mengamalkan doa ini untuk kesejahteraan ilmu dan pendidikan yang berterusan.

‎اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

_“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amal yang diterima.”_
Hadis Riwayat Ibnu Majah

4.Dewan Muslimat PAS Malaysia mengharapkan semua pihak sama ada ibu bapa, para guru, masyarakat dan pemimpin berganding bahu bagi mempertingkatkan mutu pendidikan seiring modal pembangunan insan menuju keseimbangan dunia akhirat.

Selamat memulakan sesi persekolahan 2019 dengan penuh semangat dan ceria. Selamat menempuh alam persekolahan yang baru buat anak-anak. Semoga sentiasa mencipta kejayaan yang gemilang dalam akademik dan tampilkan peribadi unggul untuk melahirkan umat Islam yang hebat!

NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
3 Januari 2019
27 Rabiul Akhir 1440H